RuangGaji Law Langgan Law

RuangGaji Law · Pengurusan disiplin

Tindakan disiplin yang teratur, adil dan berdokumen.

Rekod setiap kes dari aduan hingga keputusan. Jana surat tunjuk sebab dalam beberapa minit, dapatkan akuan terima dan jawapan pekerja secara dalam talian, dan simpan fail kes yang lengkap jika keputusan anda dipertikaikan.

  • Dari RM250 setahun untuk 10 pekerja
  • Boleh guna tanpa sistem gaji
  • Surat dalam Bahasa Melayu
DS-2026-031 · Kecurian / penipuanKehilangan stok gudangAzman bin Rashid · Penyelia Stor
Serius
  1. Aduan
  2. Siasatan awal
  3. Tunjuk sebab
  4. Jawapan
  5. Siasatan dalaman
  6. Keputusan
  • 28 Okt, 11:00Surat tunjuk sebab dihantar melalui pautan
  • 28 Okt, 11:42Pekerja mengakui terima✓ dengan cap masa
  • 29 OktGantung kerja 14 hari, 50% gaji
  • 30 Okt, 16:20Jawapan tunjuk sebab diterima
  • 10 Nov, 10:00Siasatan dalaman · panel 3 orang
Setiap langkah direkod secara automatik dalam kronologi kes.

Apa yang anda dapat

Semua yang diperlukan untuk mengurus disiplin pekerja dengan betul.

Daftar kes & kronologi

Setiap aduan menjadi kes bernombor dengan kategori, tahap, saksi dan bukti. Setiap tindakan direkod dengan tarikh, masa dan nama pegawai.

Surat dijana automatik

Lapan jenis surat: amaran lisan, bertulis dan akhir, tunjuk sebab, gantung kerja, notis siasatan, keputusan dan penamatan. Isi diambil daripada kes dan boleh diubah.

Akuan terima dalam talian

Pekerja menerima pautan peribadi, membaca surat dan menekan akui terima. Jawapan tunjuk sebab dan rayuan dihantar melalui pautan yang sama.

Siasatan dalaman yang adil

Rekod panel, pertuduhan, dapatan dan alasan. Senarai semak keadilan memastikan notis, hak wakil dan panel bebas tidak terlepas.

Gantung kerja & gaji

Had 2 minggu dan sekurang-kurangnya separuh gaji semasa siasatan. Bersama RuangGaji Pay, potongan dan bayaran balik dicadangkan terus dalam proses gaji.

Amaran progresif & laporan

Amaran aktif dan tarikh luput setiap pekerja, cadangan langkah seterusnya, laporan ikut kategori dan jabatan, eksport Excel dan fail kes PDF.

Mengapa proses penting

Keputusan yang betul tetap boleh dipertikaikan jika prosesnya tidak lengkap.

Pekerja yang dibuang kerja boleh membuat representasi bahawa dia dibuang tanpa sebab atau alasan yang adil. Ketika itu, majikan perlu menunjukkan apa yang berlaku, bila pekerja dimaklumkan, dan bagaimana pembelaannya didengar. RuangGaji Law menyimpan semua itu di satu tempat, dari hari pertama aduan diterima.

  • Pertuduhan dimaklumkan secara bertulis, dengan bukti penerimaan
  • Pekerja diberi peluang menjawab dalam tempoh yang munasabah
  • Notis siasatan dan hak membawa wakil direkodkan
  • Dapatan setiap pertuduhan dan alasan panel disimpan
  • Hukuman setimpal, mengambil kira rekod lampau
  • Tempoh rayuan dan keputusan rayuan direkodkan

Cara guna

Dari aduan hingga keputusan, dalam satu aliran.

  1. Daftar & masukkan pekerjaPilih bilangan pekerja dan bayar melalui FPX, kad atau pindahan bank. Masukkan pekerja satu persatu atau import dari Excel.
  2. Buka kesRekod aduan, saksi dan bukti. Sistem menunjukkan amaran aktif pekerja dan mencadangkan langkah seterusnya.
  3. Keluarkan suratJana surat tunjuk sebab, hantar pautan kepada pekerja dan terima jawapan terus ke dalam kes.
  4. Siasat & putuskanRekod siasatan dalaman, muktamadkan keputusan, keluarkan surat keputusan dan simpan fail kes PDF.

Harga

Harga ikut bilangan pekerja aktif, tahunan atau bulanan.

Semua ciri dalam setiap peringkat. Semua pekerja aktif syarikat dikira. Tambah pekerja di tengah langganan dikira pro-rata. Rekod kes kekal walaupun langganan tamat.

Bilangan pekerjaTahunanBulanan
1 hingga 10 pekerjaRM250RM30
11 hingga 20 pekerjaRM500RM60
21 pekerja ke atasRM500 + RM24 setiap pekerja tambahanRM60 + RM3 setiap pekerja tambahan
  • Kes, surat dan siasatan tanpa had
  • Pautan akuan terima dan jawapan pekerja
  • Simpanan bukti disulitkan
  • Fail kes PDF dan eksport Excel
  • Invois rasmi untuk setiap bayaran

Kira langganan anda

Jumlah setahunRM500.00

20 tempat pekerja

Bersama RuangGaji Pay

Guna sendiri, atau bersama sistem gaji.

RuangGaji Law boleh dilanggan secara berasingan. Bila digunakan bersama RuangGaji Pay, gantung kerja terus dicadangkan dalam proses gaji, dan tarikh berhenti pekerja dikemas kini selepas keputusan.

Perlukah saya guna sistem gaji RuangGaji Pay?

Tidak. RuangGaji Law boleh dilanggan sendiri. Anda hanya perlukan senarai pekerja.

Sudah guna RuangGaji Pay. Bagaimana nak aktifkan?

Log masuk, buka Pengurusan disiplin › Langganan & tetapan, dan jana invois. Data pekerja sedia ada terus digunakan.

Siapa boleh melihat kes?

Pengguna yang mempunyai akses kepada syarikat tersebut. Kes kategori sulit, seperti gangguan seksual, hanya dipaparkan kepada pentadbir syarikat. Bukti disimpan secara disulitkan dan setiap fail yang dibuka direkodkan.

Adakah templat surat ini nasihat undang-undang?

Tidak. Templat disediakan sebagai panduan dan boleh disesuaikan dengan polisi syarikat. Untuk kes yang rumit, dapatkan nasihat peguam atau perunding perhubungan industri.

Apa jadi bila langganan tamat?

Kes dan surat lama masih boleh dilihat dan dicetak, tetapi tidak boleh dikemas kini sehingga langganan diperbaharui.